Saban tahun pada tanggal 16 Mei kita di peringkat sekolah akan menyambut Hari Guru. Sekolah kami juga telah membuat sambutan Hari Guru pada tarikh yang sama dengan tema
" Guru Pemacu Tranfomasi Pendidikan". Sambutan pada tahun ini amat bermakna di sekolah kami kerana majlis sambutan pada tahun ini dikelola sepenuhnya oleh PIBG. PIBG tahun ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sekali. Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG tahun ini En. Normizam dan semua ajk PIBG.