Bangunan sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan bilik pejabat pentadbiran,bilik guru, pusat sumber, pusat akses, bilik komputer dan sebagainya. Sekolah ini terletak berhadapan dengan Empangan Timah Tasoh,Perlis.Sekolah ini juga dikenali dengan sebagai Sek.Keb.Bukit Kedak bersempena geran tapak asal sebelum dipindahkan ke tapak sekarang di Guar Jentik. Sekolah ini lebih popular dengan nama Sek.Keb.Guar Jentik. Walaubagaimanapun semua urusan rasmi yang berkaitan kewangan akan menggunakan nama SK Bukit Kedak. Mulai 2013 dengan rasminya semua urusan sekolah ini mengguna nama Sek.Keb. Guar Jentik.Guru Besar yang pertama sejak sekolah ini ditubuhkan ialah En. Abd.Aziz Bin Ismail (Guru Besar SK Dato Ariffin Md Nam,Tasoh). Seramai 12 orang tenaga pengajar, seorang pembantu tadbir,seorang pembantu am rendah, tiga perkerja rendah awam bertugas disekolah ini pada tahun 2002. Kebanyakannya adalah kakitangan SK Dato Ariffin Md Nam,Tasoh. Pada tahun 2003, 2004, 2005 pelajar menjadi lebih 290 orang dan 24 orang guru. Pada tahun 2006, 2007 pelajar makin berkurangan. Enrolmen murid 2011 hanya 231 orang termasuk murid prasekolah. Mulai 2012 bilangan kelas 10, enrolmen murid 217 dan pra 19 orang. Enrolmen murid berdasar data 15 Jun 2013 ialah 210 iaitu 193 orang murid Tahun 1hingga Tahun 6 dan 17 orang murid prasekolah.
Sekolah Kebangsaan Guar Jentik/ Bukit Kedak pada mulanya di Tasoh dengan nama Sekolah Kebangsaan Dato Ariffin Md Nam tetapi sekolah ini telah dilanda banjir besar hingga merosakkan sekolah ini, akibat dilanda banjir besar itulah Sekolah Kebangsaan Dato Ariffin Md Nam telah dipindahkan lokasinya ke Bukit Kedak. Setelah dipindahkan sekali lagi tapak sekolah ini dipindahkan ke tapak baru iaitu ke Kampung Guar Jentik setelah tapah baru yang dipilih iaitu di Bukit Kedak tidak mendapat kelulusan penempatannya. Oleh sebab itu nama sekolah ini yang baru ialah Sekolah Kebangsaan Guar Jentik/ Bukit Kedak yang telah diduduki dan beroperasi pada tahun 2003.
. Pada 10 tahun yang lalu sekolah ini mempunyai jalinan pendidikan yang baik dengan sekolah-sekolah di Thailand dan sekolah-sekolah di Thailand kerap mengadakan lawatan ke sekolah ini.
Senarai Guru Besar SK. Guar Jentik
Bil
|
Nama
|
Tahun
Berkhidmat
|
1
|
En.
Abdul Aziz bin Ismail
|
01.01.2002
– 15.01.2005
|
2
|
En.
Annuar bin Abdullah
|
16.05.2005
– 15.03.2006
|
3
|
En.
Saidina Omar bin Mohd Noor
|
16.03.2006
– 15.06.2009
|
4
|
Pn.
Mariam binti Abdullah
|
01.11.2009
– 30.03.2011
|
5
|
En.
Awang Ya bin Jusoh
|
16.04.2011
– 29.08.2016
|
6
|
En.
Mohd Nadzri bin Jaafar
|
16.12.2016
- kini
|
VISI
MEREALISASIKAN
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN
SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA
Objektif
1. Sekolah
Memastikan semua pelajar yang berada di sekolah ini mendapat kemudahan pendidikan dengan teratur dan sempurna.
Setiap pelajar didedahkan dengan aspek kepimpinan dan kemasyarakatan.
Semua pelajar dapat membentuk akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai dengan kehendak masyarakat Malaysia bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu, beriman dan beramal.
Semua staf pengurusan, tenaga pengajar dan staf sokongan mempunyai kesedaran supaya dapat berusaha ke arah pencapaian matlamat sekolah
Menyediakan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan dapat dicapai.
2. Unit Kurikulum
Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan
Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya perlaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti
Meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari masa ke semasa dengan penentuan tindakan yang sesuai.
Memastikan kesesuaian isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan kepada para pelajar, selaras dengan penetapan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mengkaji dan menilai bahan rujukan tambahan
Melahirkan para pelajar yang berilmu pengetahuan bagi memenuhi pasaran global selaras dengan perkembangan semasa.
3.Unit Hal Ehwal Murid
Melahirkan pelajar yang berwibawa, berketrampilan, berilmu pengetahuan dan selalu bersedia.
Membasmi gejala ponteng sekolah dan salahlaku pelajar.
Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan mampu berusaha ke arah pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang berteraskan disiplin diri dan akhlak yang terpuji.
Membina sahsiah yang tinggi dalam kalangan pelajar selaras dengan Dasar Pendidikan Negara
4 Unit Kokurikulum
Memberi peluang dan menyediakan murid untuk menyertai dan
melibatkan diri dalam setiap aktiviti bermula di peringkat
sekolah,PKP,negeri,kebangsaan dan seterusnya ke peringkat
antarabangsa.
Memastikan murid tahun 3, 4, 5, dan 6 menyertai Pasukan Badan
Beruniform, Kelab dan Persatuan serta program 1 Murid 1 Sukan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Memberi murid pengalaman dan membentuk sifat kepimpinan yang
berkarisma, berdisplin, dan bertanggungjawab, melalui aktiviti Badan
Beruniform, kelab dan Persatuan serta 1 murid 1 sukan.
Memastikan dasar 1 murid 1 sukan dapat dilaksanakan dengan
dan memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Falsafah
Pendidikan yang bermutu dan berkesan agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti dalam aspek ilmu pengetahuan , bertrampilan dan berakhlak mulia bagi menghadapi cabarab hidup.
Nilai
Sekolah Kebangsaan Guar Jentik berusaha sedaya upaya menerapkan nilai-nilai utama bagi merealisasikan hala tuju sekolah.
Tanggungjawab
Keikhlasan
Berintegriti
Kreatif dan Inovasi
Bersyukur
Kecemerlangan
Setiap warga sekolah mestillah menanam sifat bertanggungjawab dalam diri masing-masing bagi menjalankan amanah yang diberikan dan setiap warga sekolah perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan berintegriti agar tugas dapat dilaksanakan dengan baik. Setiap warga sekolah perlulah kreatif dan berinovasi agar dapat menghasilkan kualiti kerja yang cemerlang di samping itu warga sekolah perlu sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurniaan yang diberikan. Semua warga sekolah perlu melakukan tugas sebaik mungkin bagi mencapai kecemerlangan murid dan gemilangkan prestasi sekolah.
Piagam Pelanggan
- Kami warga Sekolah Kebangsaan Guar Jentik dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:
- Melaksanakan tanggungjawab kami sebagai pendidik semaksimum yang mungkin ke arah kecemerlangan pelajar.
- Membersihkan sekolah dari segala masalah salahlaku disiplin dan membentuk sahsiah yang baik di kalangan pelajar.
- Mewujudkan suatu suasana/persekitaran sekolah yang menyeronokkan, selamat dan selesa.
- Mewujudkan hubungan baik, akrab dan harmonis antara sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.
- Memberi layanan yang mesra, adil dan saksama dalam segala urusan untuk semua pihak.
- Memperkembangkan bakat dan minat pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum.
- Menjaga kebajikan pelajar serta memberikan apa-apa peluang yang mungkin.
Lencana sekolah
Maksud lambing dan warna pada lencana sekolah
Warna Merah : Lambang semangat yang membara untuk berjaya dalam hidup.
Warna Putih : Membawa lambing kesucian hati setiap warga sekolah dan tekad memberi yang terbaik
Warna Kuning : Lambang kecintaan kepada raja dan negeri.
Bentuk Bulatan : Membawa maksud kerjasama dan kesepakatan warga sekolah untuk menjadi yang terbaik.
Logo Komputer : Membawa erti pihak sekolah menyediakan pendidikan moden berteraskan teknologi.
Bentuk Buku : Membawa maksud kepentingan ilmu dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran
Ombak : Membawa maksud cabaran atau dugaan.
Pokok Padi : Melambangkan pekerja penduduk setempat adalah bidang pertanian.
Motto Sekolah
ILMU CAHAYA JAYA
Sekolah Kebangsaan Guar Jentik menggunakan “ Ilmu Cahaya Jaya” sebagai motto sekolah yang membawa maksud setiap insan perlu mempunyai ilmu sebagai panduan dan pedoman untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Lagu Sekolah
Berdisiplin Asas Kejayaan
Berdisiplin asas kejayaan
itulah pegangan
SK Guar Jentik
Bersedia untuk cemerlang
SK. Guar Jentik
Menuju iltizam gemilang
Setia sehati seluruh warga
Sekata menjunjung cita
Ke arah wawasan
Penuh kecemerlangan
c/o
Bersatu, berdisiplin, berwawasan
Kukuhkan pegangan
Membentuk jatidiri insan
Menyerlah sinar keunggulan