Isnin, 22 Oktober 2018

PROGRAM HIP ACROSS CURICULUM

Rabu, 16 Mei 2018

SAMBURAN HARI GURU

            Saban tahun pada tanggal 16 Mei kita di peringkat sekolah akan menyambut Hari Guru. Sekolah kami juga telah membuat sambutan Hari Guru pada tarikh yang sama dengan tema " Guru Pemacu Tranfomasi Pendidikan". Sambutan pada tahun ini amat bermakna di sekolah kami  kerana majlis sambutan pada tahun ini dikelola sepenuhnya oleh PIBG. PIBG tahun ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sekali. Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG tahun ini En. Normizam dan semua ajk PIBG.



Khamis, 3 Mei 2018

BICARA PROFESIONALISME

Hari ini 3 Mei 2018 diadakan Program Bicara Profesioanalisme, Guru Pembina Negara Bangsa dengan tajuk Cabaran Guru Abad ke-21untuk sekolah-sekolah zon utara. Setiap sekolah diwakili oleh seorang GPK dan 13 orang guru yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Perlis, bertempat di Dewan Inbu Khaldun, IKM Beseri. 


Rabu, 2 Mei 2018

PERTANDINGAN BERCERITA

Pada 3 Mei 2018 SK. Guar Jentik telah menghantar 2 orang murid ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Negeri. Pertandingan ini diadakan di SR Islam 1, Kangar. Pertandingan ini dibahagaikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan 2. Tahap 1 diwakili oleh adik Alif Emran b. Ahmad Firdaus  dan Tahap 2 pulak diwakili oleh adik Naziera Zunika bt. Mohd Nazarudin dengan diiringi oleh 2 orang guru iaitu Pn. Norli bt. Johari dan Pn. Ezlin Ezrina bt. Chik.







KEJOHANAN BOLA SEPAK

Kejohanan Bola Sepak PKP Padang Besar diadakan pada 2 & 3 Mei 2018. Kejohanan kali ini berlangsung di SK. Felda Mata Ayer. Sebanyak 7 buah sekolah menyerrtai kejohanan kali ini.

Selasa, 17 April 2018

KEJOHANAN BOLA JARING PKP


   Kejohanan Bola Jaring PKP Padang Besar diadakan pada 18 dan 19 April 2018 bertempat di SK. Felda Rimba Mas. Kejohan ini disertai oleh 7 buah sekolah dalam PKP Padang Besar iaitu SK Felda Rimba Mas sebagai tuan rumah, SK. Lubuk Sireh, SK. Titi Tinggi, SK Padang Besar Utara, SR Islam 2, SK. Felda Mata Ayer dan SK Guar Jentik.


Isnin, 16 April 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM

       Sekolah Kebangsaan Guar Jentik akan mengadakan Pelancaran Bulan Bahasa 2018 pada hari Khamis 19 April 2018 dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis. Program ini akan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Perlis, En. Addnan b. Abd Hamid. Program ini juga memdapat kerjasama dari Pegawai-pegawai Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang diketuai oleh En. Mohd Tarmizi b. Wahad, Ketua Bahagian Perancangan,Pembangunan dan Rangkaian Perpustakaan.


PROGRAM BULAN BAHASA 2018

MAJLIS PERASMIAN BULAN BAHASA OLEH KPP BTPN PERLIS

EN ADDNAN, KPP BTPNPS MENANDATANGAI PLAK PERASMIAN

AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN AWAM PERLIS