Rabu, 16 Mei 2018
SAMBURAN HARI GURU
Saban tahun pada tanggal 16 Mei kita di peringkat sekolah akan menyambut Hari Guru. Sekolah kami juga telah membuat sambutan Hari Guru pada tarikh yang sama dengan tema " Guru Pemacu Tranfomasi Pendidikan". Sambutan pada tahun ini amat bermakna di sekolah kami kerana majlis sambutan pada tahun ini dikelola sepenuhnya oleh PIBG. PIBG tahun ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sekali. Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG tahun ini En. Normizam dan semua ajk PIBG.
Khamis, 3 Mei 2018
BICARA PROFESIONALISME
Hari ini 3 Mei 2018 diadakan Program Bicara Profesioanalisme, Guru Pembina Negara Bangsa dengan tajuk Cabaran Guru Abad ke-21untuk sekolah-sekolah zon utara. Setiap sekolah diwakili oleh seorang GPK dan 13 orang guru yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Perlis, bertempat di Dewan Inbu Khaldun, IKM Beseri.
Rabu, 2 Mei 2018
PERTANDINGAN BERCERITA
Pada 3 Mei 2018 SK. Guar Jentik telah menghantar 2 orang murid ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Negeri. Pertandingan ini diadakan di SR Islam 1, Kangar. Pertandingan ini dibahagaikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan 2. Tahap 1 diwakili oleh adik Alif Emran b. Ahmad Firdaus dan Tahap 2 pulak diwakili oleh adik Naziera Zunika bt. Mohd Nazarudin dengan diiringi oleh 2 orang guru iaitu Pn. Norli bt. Johari dan Pn. Ezlin Ezrina bt. Chik.
KEJOHANAN BOLA SEPAK
Kejohanan Bola Sepak PKP Padang Besar diadakan pada 2 & 3 Mei 2018. Kejohanan kali ini berlangsung di SK. Felda Mata Ayer. Sebanyak 7 buah sekolah menyerrtai kejohanan kali ini.
Langgan:
Catatan (Atom)